Counter Strike Global Offensive
|
Counter Strike Global Offensive |
Game Counter Strike Global Offensive (CSGO) adalah game yang sangat popular di kalangan pemain First Person Shooter (FPS). Harga CSGO di dalam Steam (Online Game Platform) adalah RM31.00. CSGO merupakan generasi yang ke-4 dalam kesemua generasi Counter Strike di mana ianya telah melalui pelbagai perubahan yang sedikit sebanyak mengubah cara permainan game itu. Counter Strike pertama telah dikeluarkan seiring dengan Game Half-Life yang sangat popular pada tahun 1999 dan kedua-dua game ini dikeluarkan oleh Valve Corporation.
|
Counter Strike Pertama |
|
Half-Life |
Antara kelainan yang dapat kita lihat pada CSGO berbanding dengan Counter Strike sebelum-sebelum ini adalah CSGO sekarang mempunyai lebih banyak jenis permainan contohnya Deathmatch, Demolition, Arms Race dan Competitive (Rank Game). CSGO lebih ekslusif berbanding Counter-Strike generasi lepas kerana CSGO hanya boleh dibeli di Steam. CSGO merupakan salah satu Game FPS Online yang tidak mempunyai ciri-ciri "Pay To Win" dalam kebanyakan Game FPS Online yang ada seperti Blackshot dan M.A.T Online. Ini kerana senjata yang dipakai oleh setiap gamer dalam game itu adalah sama dari segala segi kecuali "skin" yang boleh dibeli dengan Steam Money. Yang menariknya skin dalam CSGO adalah harganya yang boleh bermula dari RM0.04-RM1*** mengikut jenis senjata itu dan jenis skin itu.
|
Antara Skin yang termahal di dalam Steam Community Market untuk CSGO |
Terdapat pelbagai barangan yang boleh dibeli gamer yang bermain CSGO contohnya Music Kit (Akan dimainkan sekiranya kita menjadi Most Valuable Player ketika game itu berakhir), Name Tag (Nama untuk senjata kita mengikut kesukaan), Sticker (Dilekatkan di senjata), Keys (Untuk membuka kotak senjata) dan lain-lain.
Untuk penerangan lebih lanjut saya akan mengulas mengenai jenis permainan yang ada pada CSGO. Pertama adalah kita akan dipilih secara rawak ataupun secara sukarela mengikut jenis permainan sebagai Counter-Terrorist (CT) ataupun Terrorist (T).
Deathmatch:
Game-play permainan ini adalah sama seperti kebanyakan game Online FPS iaitu gamer perlu berlawan dengan pihak lawan. Sewaktu perlawanan berlangsung, masa yang diberi adalah 10 minit dan gamer perlu membunuh seramai yang boleh dan pemenangnya adalah gamer yang mempunyai kill ataupun point yang paling banyak. Gamer yang mati akan dihidupkan semula di kawasan yang berbeza dan akan terus bermain sampai masa tamat.
Demolition:
Game-play permainan ini adalah gamer akan diberikan senjata yang sama pada permulaan game dan senjata akan berubah pada game yang seterusnya. Untuk memenangi permainan ini, T perlu memasang bom di kawasan yang dipilih ataupun membunuh kesemua CT. CT akan menang sekiranya kesemua T mati ataupun berjaya mematikan bom yang dipasang. Game ini mempunyai 15 pusingan dan kumpulan yang mempunyai jumlah kemenangan yang paling banyak akan menang.
Arms Race:
Game-play untuk permainan ini adalah kesemua gamer akan diberi senjata yang sama dan akan berlumba siapa yang akan menghabiskan kesemua senjata yang diberikan dan berakhir dengan knife kill yang diberi nama "Gold Knife".
Competitive:
Game-play untuk permainan ini adalah yang paling susah dan memerlukan kerjasama antara satu sama sendiri untuk memenangi permainan ini. Game ini mempunyai 30 pusingan, kemungkinan untuk menghabiskan permainan ini adalah 90 minit ataupun lebih cepat dan pemenangnya adalah kumpulan yang memenangi 16 pusingan. Gamer boleh bermain Competitive ini secara solo queue ataupun berkumpulan. Competitive merupakan 5 versus 5 dalam genre Hostage ataupun Bomb. Competitive juga akan memilih pihak lawan yang mempunyai pangkat yang sama ataupun yang hampir dengan pangkat kita. Pangkat ini berfungsi sebagai penentu tahap skill permainan kita. Ianya bermula dari Silver I dan berakhir dengan pangkat paling tinggi iaitu Global Elite. Untuk penerangan yang lebih baik, sekiranya kita bermain sebagai CT pada permulaan permainan, 15 pusingan pertama kita akan bermain sebagai CT dan pusingan ke 16 kita akan bermain sebagai T. Pada permulaan game juga kita tidak akan mempunyai Kevlar mahupun Helmet dan hanya akan diberi $800 sebagai duit permulaan. Penggunaan duit dalam pembelian senjata adalah sangat penting kerana ianya akan memberi kesan kepada kita untuk pusingan yang seterusnya. Kerjasama dan penggunaan strategi yang berkesan adalah penting untuk memenangi permainan ini.
|
Rank
|
Pendapat saya sebagai salah seorang daripada gamer untuk game CSGO ini adalah game ini sangat menyeronokkan sekiranya ada beberapa gamer lain yang kita kenali bermain sekali. Ini kerana CSGO memerlukan kerjasama antara satu sama lain untuk memenangi permainan ini. CSGO juga merupakan game strategi yang menarik dan pelbagai cara permainan boleh digunakan untuk memenangi permainan ini. Meskipun game ini perlu dibeli, ianya sangat berbaloi dan sangat disarankan sekiranya anda adalah peminat game Online First Person Shooter.