Saturday, 8 October 2016

Grand Theft Auto


GTA adalah singkatan untuk Grand Theft Auto. GTA merupakan salah satu series game yang dikeluarkan oleh Rockstar Games dan ber-genre Action-adventure, open world, crime and role-playing. GTA mempunyai banyak series tetapi yang utama adalah GTA 1, 2, 3, 4 dan 5. Tetapi ada beberapa GTA series yang sangat popular seperti GTA: Vice City dan GTA: San Andreas. Setiap game mempunyai watak utama yang berbeza, boleh dipilih ataupun yang telah ditetapkan. GTA 5 membolehkan kita memilih untuk mengawal 1 daripada 3 watak utama dan masing-masing mempunyai jalan ceritayang berbeza. GTA adalah salah satu game yang paling berjaya dan diminati oleh ramai orang tak kira umur dan jantina. GTA juga berada di tempat ke 5 untuk The Best-Selling Video Game Franchises Of All Time.

GTA: 1
GTA: 2











GTA 1 dan 2 merupakan GTA yang pertama sekali dikeluarkan dan di dalam bentuk 2D pada tahun 90-an. GTA 3 adalah game pertama di dalam bentuk 3D dan berterusan sehingga sekarang cuma GTA 5 sahaja yang membolehkan kita memilih antara First-person ataupun Third-person.

GTA: 3
GTA: 4










Yang menariknya tentang GTA adalah game-play dia yang tidak bersifat linear dimana kita boleh memilih untuk melakukan misi yang mana ingin dilakukan ataupun tidak melakukan apa-apa misi langsung dengan melakukan huru-hara atau berkelakuan seperti orang biasa. GTA juga mempunyai misi yang sangat banyak dan tidak membosankan kerana kita berkebolehan untuk melakukan pelbagai perkara seperti menaiki motor, kereta, bot, basikal, kereta api, kapal terbang dan lain-lain. Tidak kurang juga dengan misi kecil dan utama yang boleh dijumpai sekiranya kita berjaya menjumpai NPC lain. Game ini juga mempunyai kawasan yang sangat besar untuk dimain dan boleh dikunjungi selepas selesai beberapa misi utama.
GTA: 5

GTA: 5 Car Mod








Antara salah satu sebab GTA sangat popular adalah cheat dan mod yang boleh dilakukan oleh kita. Contohnya cheat untuk nyawa, duit, senjata, kereta, cuaca dan lain-lain. Untuk mod pula adalah kita boleh menukarkan kereta yang sedia ada di dalam game itu dengan kereta yang memang ada di dunia ini seperti Lamborghini, Ferrari, BMW, Mitsubishi dan macam-macam lagi mengikut kreativiti kita.  Tak kurang juga dengan salah satu tarikan GTA adalah pada radio yang ada di dalam game itu yang menggunakan lagu-lagu lama ataupun baru yang boleh didengar ketika menaiki kenderaan. Game ini sangat disarankan kepada gamer yang suka bermain game yang memerlukan masa yang lama untuk diselesaikan dan juga gamer yang suka bermain dengan cheat dan mod.

Outlast 2


Outlast 2

Outlast 2 akan dijangka keluar pada awal tahun 2017. Outlast 2 merupakan game yang ketiga daripada generasi Outlast iaitu Outlast dan Outlast Whistleblower. Outlast ber-genre kan First-Person Survival Horror Game. Ianya dikeluarkan oleh Red Barrels dan demo game itu telah pun dikeluarkan untuk gamer merasai sedikit game-play Outlast 2. Outlast merupakan game di mana kita tidak boleh membunuh ataupun mencederakan NPC selain hanya melarikan diri dan bersembunyi. Bateri kamera yang dipakai juga terhad dan gamer perlu menggunakan kamera itu dengan baik dan cermat untuk mengelak kehabisan bateri. Bateri kamera boleh dicari dan disimpan untuk kegunaan seterusnya dan kuantiti bateri yang disimpan berbeza mengikut difficulty yang dipilih.
Outlast

Gamer akan bermain sebagai Blake Langerman dan merupakan cameraman yang pergi menyiasat mengenai kes pembunuhan wanita mengandung dengan isterinya Lynn. Game itu bermula apabila helikopter yang dinaiki mereka terhempas di Gurun Arizona. Pada mulanya kita akan tersedar selepas terhempas, seorang diri dan cuma mempunyai camcorder dan cermin mata. Selepas itu kita akan menuju ke pondok yang tidak jauh daripada lokasi kita terhempas. Apa yang difahamkan daripada permulaan game adalah kita akan mencari Lynn dan membongkar misteri kesengsaraan di Gurun Arizona. Game-play Outlast 2 membolehkan kita melakukan lebih daripada apa yang boleh dilakukan sebelum ini contohnya tempat bersembunyi yang lebih banyak dan berlainan. Camcorder yang digunakan untuk Outlast 2 juga lebih canggih kerana ianya dapat mengesan dari mana bunyi itu dihasilkan. Tetapi fungsi lebihnya masih tidak dapat diketahui kerana demo Outlast 2 adalah terlalu singkat.
Outlast Whistleblower

Game ini sangat disarankan kepada peminat game horror dan survival kerana game ini mampu menimbulkan perasaan takut, cemas dan berasa seolah-olah tiada harapan untuk hidup sekiranya gamer tidak berani menghadapi ketakutan. Seperti yang kita tahu, Outlast yang sebelum ini mempunyai dua musuh iaitu hantu dan psiko. Tetapi untuk Outlast 2 masih lagi tidak diketahui sama ada musuh pada kali ini adalah psiko sahaja ataupun kedua-duanya. Outlast dan Outlast Whistleblower dimainkan di kawasan yang sama iaitu di Mount Massive Asylum dan mempunyai kaitan antara dua game itu dimana Outlast pertama watak utama mati di saat akhir dan Outlast Whistleblower watak utama selamat melarikan diri. Kemungkinan untuk Outlast 2 berkait dengan Outlast sebelum-sebelum ini mungkin adalah sedikit ataupun tidak sama sekali.


Power Supply Unit (PSU)

Corsair RM750x 80 Plus: Gold
PSU adalah komponen komputer yang berfungsi untuk membekalkan eletrik kepada komponen-komponen yang ada pada komputer. Setiap PSU mempunyai watt yang berbeza mengikut keluarannya, Walaupun PSU itu mempunyai watt yang tinggi, tidak semestinya ianya elok dan sesuai untuk membekalkan eletrik kepada komponen komputer kita. Penggunaan PSU yang baik amat membantu dalam mengekalkan kestabilan pengaliran eletrik komputer kita dan PSU yang berkualiti tinggi boleh dipakai untuk jangka masa yang lain. PSU adalah antara komponen komputer yang penting dan tidak sesekali dipandang remeh dengan membeli PSU yang murah kerana ianya sangat merbahaya dan berisiko untuk meletup dan boleh merosakkan komponen komputer kita. Yang mana lebih baik? Belanja lebih untuk PSU berkualiti tinggi ataupun berjimat dengan membeli PSU murah untuk membekalkan eletrik kepada komponen komputer kita yang berharga ratusan/ribuan ringgit?

Super Flower 80 Plus: Platinum

Langkah pertama untuk membeli PSU adalah dengan membeli PSU yang dikeluarkan oleh syarikat yang terkenal seperti EVGA, Corsair, Cooler Master, Thermaltake, Super Flower, SeaSonic dan lain-lain. Ianya penting kerana syarikat yang terkenal tidak akan menggunakan bahan yang berkualiti rendah untuk membuat PSU dan selalunya PSU keluaran syarikat terkenal mempunyai sijil kelulusan daripada 80 Plus. Sijil daripada 80 Plus merangkumi Bronze, Silver, Gold and Platinum. Setiap sijil itu mempunyai penjimatan eletrik yang berbeza-beza bermula dari Bronze hingga ke Platinum dan mempunyai kadar tahan lasak yang berbeza. Sekiranya anda menggunakan komponen komputer high-end, disarankan untuk membeli PSU yang mempunyai sijil 80 Plus: Gold dan ber-watt tinggi dalam 800 watt kerana komponen komputer itu memerlukan penggunaan eletrik yang sangat banyak. Sekiranya anda menggunakan komponen komputer mid-range, PSU yang mempunyai 500 watt ke atas dan mempunyai sijil 80 Plus: Bronze/Silver.

Friday, 7 October 2016

Central Processing Unit (CPU)

CPU merupakan komponen yang penting kepada komputer ataupun boleh diibaratkan sebagai otak kepada sebuah komputer. Pengeluar CPU terbesar adalah Intel dan AMD, masing-masing mempunyai teknologi dan prestasi yang berbeza. CPU berfungsi untuk memproses segala yang akan dilakukan oleh komputer tak kira kecil ataupun besar. Contohnya menaip, segala yang ditaip akan diproses oleh CPU dan akan dikeluarkan di Output Device iaitu monitor. CPU yang berprestasi tinggi mampu melakukan segala proses dengan sangat cepat contohnya membuat animasi 3D ataupun gaming tanpa mengalami masalah.

Andai kata CPU yang digunakan tidak berprestasi tinggi, segala proses akan menjadi lambat disebabkan CPU yang digunakan tidak mampu melakukan proses dengan cepat. Ada CPU yang mempunyai dual core, quad core, six core. CPU akan diletakkan di soketnya di Motherboard dan akan diletakkan thermal paste untuk mengelakkan CPU itu menjadi panas. Heat sink juga akan diletakkan di atas CPU untuk membantu menyejukkannya. CPU juga mempunyai soket yang berbeza seperti soket 1150, 1151, 1366 dan lain-lain.

Setakat ini CPU yang dihasilkan oleh Intel adalah lebih baik berbanding AMD kerana Intel mempunyai pengalaman yang lebih lama dan penggunaan teknologi yang lebih baik berbanding AMD. Tetapi CPU Intel lebih mahal berbanding AMD walaupun ada beberapa CPU keluaran AMD yang mempunyai prestasi yang setanding Intel.
AMD FX-8350
Intel Core i7














Motherboard

Motherboard adalah salah satu komponen yang paling penting dalam komputer dan laptop. Ianya berfungsi sebagai tempat meletak komponen yang penting seperti Random Access Memory (RAM), CPU (Central Processing Unit), Graphic Card, Power Supply, Serial Advanced Technology Attachment (SATA) dan lain-lain.
Motherboard
Motherboard juga mempunyai soket yang berbeza untuk CPU dan RAM. Contohnya untuk CPU ada soket 1150 dan 1151 manakala RAM pula ada DDR2, DDR3 dan DDR4. Motherboard juga mempunyai maksimum RAM yang boleh ditampung. Tempat meletakkan CPU mempunyai soket untuk meletakkan heat sink CPU kerana CPU mudah menjadi panas dan CPU perlu berada di dalam keadaan yang sejuk untuk berfungsi dengan baik. Heatsink juga mempunyai pelbagai jenis seperti yang menggunakan kipas dan water-cooling.

Heatsink
Wayar dari Power Supply akan dicucuk ke soket Motherboard dan Motherboard akan berfungsi untuk mengedarkan eletrik kepada semua komponen yang dicucuk ke Motherboard. Soket SATA pula berfungsi untuk menyambungkan komponen seperti HDD dan SSD. Motherboard juga mempunyai komponen lain seperti  Port USB 2.0, 3.0, sound port, VGA, HDMI dan lain-lain. Tak kurang juga dengan soket untuk meletakkan graphic card sama ada boleh memuatkan 1 ataupun lebih. Pendek kata Motherboard ini seperti badan dan komponen lain dikira sebagai organ. Sekiranya Motherboard rosak, segala komponen lain tidak dapat berfungsi. Andai kata anda berniat untuk membuat komputer anda sendiri, anda perlu tahu soket apa yang ada pada motherboard itu contohnya soket 1151 hanya boleh digunakan dengan CPU bersoket 1151 dan RAM DDR3 hanya boleh digunakan pada motherboard bersoket DDR3 sahaja.

Thursday, 6 October 2016

Gaming Headset
Razer KRAKEN 7.1 CHROMA

Headset mempunyai microphone (mic) yang digunakan untuk berkomunikasi dengan gamer lain dalam game. Headphones ialah headset yang tiada mic dan boleh digunakan untuk gaming tetapi sekiranya bermain online game yang memerlukan komunikasi antara satu sama lain akan menjejaskan prestasi permainan disebabkan komunikasi yang terhad. Headset yang ada di pasaran mempunyai kualiti yang berbeza mengikut harga dan tak semestinya yang mahal itu mempunyai kualiti yang terbaik.

Perkara pertama yang paling penting untuk gamer tahu tentang gaming headphones adalah tidak semua gaming headphones yang dikeluarkan syarikat besar mempunyai kualiti yang baik. 2 ciri penting untuk gaming headset adalah bunyi dan microphone.

Pertama sekali adalah bunyi, headset yang elok mampu menghasilkan bunyi yang baik, jelas dan tidak mengelirukan di mana bahagian bunyi itu terhasil sama ada kiri, kanan, jauh ataupun dekat semasa gaming. Kedua adalah microphone, ianya sangat penting kerana kebanyakan gamer sekarang tidak sedar yang mic mereka menghasilkan bunyi yang teruk dan kadang kadang tidak boleh difahami apa yang dicakap oleh mereka. Tak kurang juga menganggu sesi gaming gamer lain dengan bunyi bising yang dihasilkan oleh mic mereka. Sebelum membeli apa apa gaming headset, disarankan untuk mencari review mengenai headset itu untuk mengelak daripada perkara ini terjadi.

Gaming headset yang disarankan saya adalah HyperX Cloud II, headset ini banyak dipakai oleh profesional gamer. Headset ini merupakan pemenang all-round gaming headset kerana kualiti headset ini sangat baik dan bunyi yang dihasilkan sangat jelas. Mic-nya tidak menghasilkan bunyi yang bising dan dikatakan menghasilkan bunyi percakapan yang sangat jelas.


HyperX Cloud II
Apa Yang Menarik Tentang Mechanical Keyboard?


Razer BLACKWIDOW Ultimate Chroma Mechanical Keyboard



Tak ramai yang tahu tentang bezanya Keyboard biasa yang dipakai dengan Mechanical Keyboard. Pertama sekali bezanya Mechanical Keyboard adalah suis yang terletak dibawah butang huruf. Keyboard biasa tidak mempunyai suis seperti Mechanical Keyboard, ianya cuma menggunakan membrane switch. Jika ditekan butang huruf, getah yang ada di butang huruf akan menyentuh circuit board di bawah.

Mechanical Keyboard Switches
Membrane Swith


Tambahan pula, Mechanical Keyboard mempunyai beberapa warna yang membezakan jenis suis pada Mechanical Keyboard seperti Linear Switch : Cherry MX Black, Light Tactile Switch: Cherry MX Brown, Clicky Switch: Cherry MX Blue dan lain-lain. Setiap warna itu mempunyai rasa yang berbeza apabila ditekan. Kebanyakan gamer lebih menyukai Mechanical Keyboard yang mempunyai suis berwarna hitam dan coklat sebab ianya mempunyai "feel" yang lebih lancar dan tidaklah terlalu bising. Tak kurang juga ianya membantu gamer untuk melakukan "double tapping" dengan lebih mudah berbanding dengan Mechanical Keyboard yang lain kerana suis yang berwarna selain hitam dan coklat memerlukan lebih tekanan untuk ditekan dan mempunyai bunyi yang agak kuat. Tetapi suis yang berwarna biru sangat disukai oleh kalangan orang yang banyak menaip, ini disebabkan suis biru ini mengeluarkan bunyi "clicky" apabila butang huruf yang ditekan itu terkena pada "activation point".

Kenapa Mechanical Keyboard disarankan adalah kerana suis yang digunakan untuk Mechanical Keyboard adalah sangat berkualiti berbanding Keyboard lain yang ada di pasaran. Selain itu, ianya juga mempunyai bunyi yang berbeza berbanding Keyboard biasa kerana Mechanical Keyboard mengeluarkan bunyi seakan-akan kita menaip menggunakan typewriter tetapi bunyinya memberikan "feel" yang tak mampu diungkapkan kecuali kita sendiri menggunakannya dan merasai sendiri "feel". Tambahan pula, Mechanical Keyboard mempunyai ketahanan yang lebih lasak dan boleh digunakan dengan lebih lama berbanding Keyboard biasa. Tak kurang juga dengan kecantikan dan kelebihan yang ada pada Mechanical Keyboard adalah bentuk rekaannya dan juga beberapa Mechanical Keyboard yang dipasang dengan lampu LED berwarna-warni.

Tuesday, 4 October 2016

Tom Clancy’s Rainbow Six Siege

Hello semua, hari ini saya akan mengulas pula tentang game Tom Clancy’s Rainbow Six Siege (RSS) yang dikeluarkan pada tahun 2015 dan merupakan salah satu keluaran Ubisoft yang amat menarik. Yang menarik tentang RSS ini adalah game-play dia yang sangat berbeza berbanding Online First Person Shooter (FPS) di mana ia mempunyai 13 jenis watak ataupun dipanggil “operators” sebagai attackers dan 13 jenis watak sebagai defenders. Meskipun harga game ini agak mahal tetapi Ubisoft menyediakan pakej-pakej yang boleh dipilih oleh gamer seperti starter edition RM49, standard RM149 dan Gold Edition RM239. Sekiranya gamer membeli starter edition, gamer perlu bermain situation dan terrorist hunt untuk mendapatkan operators.
Tom Clancy's Rainbow Six Siege

Dibawah ini disertakan semua operators dan kelebihan mereka:


Attacker
Specialty
Sledge
Hammer
Thatcher
EMP Grenade
Ash
Remote Breach
Thermite
Exothermic Charge
Twitch
Shock Drone
Montagne
Heavy Shield
Glaz
Sniper
Fuze
Cluster Grenade
Blitz
Flash Shield
IQ
Electronic Scanner
Buck
Secondary Shotgun
Black Beard
Rifle Shield
Capitao
Tactical Crossbow

Defenders
Specialty
Smoke
Poison Smoke
Mute
Signal Disrupter
Castle
Bulletproof Armor Panels
Pulse
Heartbeat Detector
Doc
Heal Teammate, long range revive, self-revive
Rook
Rhino Armor for teammate
Kapkan
Wire Trap
Tachanka
Deployable Machine Gun
Jager
Anti-Grenade
Bandit
Shock Wire
Frost
Bear Trap
Valkyrie
Hawk Eye
Caveira
Silent Step


Hostage Rescue

Game ini lebih mengutamakan Online gaming berbanding Single Player kerana game ini tidak mempunyai apa apa story mode yang boleh dimain oleh gamer kecuali situation mode dan terrorist hunt. Online game-play yang ada adalah Hostage, Secure Area dan Bomb. Ianya juga mempunyai 15 maps yang berbeza yang boleh dipilih dan juga boleh dimainkan dalam suasana malam ataupun siang. Game ini bermula dengan 30 – 45 saat preparation time, attackers akan menghantar drone bergerak untuk masuk ke dalam kawasan yang dijaga oleh defenders untuk mencari di mana objektif berada. Defenders pula akan menguatkan pertahanan kawasan yang dijaga dengan meletakkan perisai kalis peluru di dinding dan menghancurkan drone yang memasuki kawasan mereka.

Operators

Sebelum game bermula, gamer akan diberi pilihan untuk memilih operator apa yang akan digunakan untuk menjadi attacker dan defender. Operator yang dipilih tidak boleh sama dengan gamer lain. Selain itu juga, defenders mempunyai CCTV yang boleh digunakan untuk melihat luar dan dalam kawasan jagaan mereka untuk mengesan di mana attackers berada. CCTV itu juga boleh dihancurkan oleh attackers untuk mengelak pergerakan mereka diketahui defenders.

Breach Charge

Kelebihan game ini adalah penggunaan breach charge, di mana attackers yang mempunyai breach charge boleh memecahkan dinding dan dinding yang pecah itu boleh menjadi laluan masuk untuk attackers menyerang defenders. Sekiranya dinding itu dipasang perisai kalis peluru, hanya operator “Thermite” sahaja yang boleh memecahkan dinding itu menggunakan Exothermic Breach. Defenders juga boleh menggunakan operator “Mute” untuk menghalang penggunaan drone dan breach dengan menyekat signal mereka.

Loading Lobby

Berdasar pengalaman saya, game ini lebih menyeronok sekiranya anda bermain dengan rakan ataupun teammate yang sefahaman dengan anda kerana setiap operator yang dipilih memainkan peranan yang sangat besar dalam game ini. Tetapi Ubisoft perlu meningkatkan server mereka untuk menghalang hacker yang berleluasa di dalam server mereka. Meskipun begitu, game-play mereka sangat menarik dan amat digalakkan kepada semua gamer FPS untuk mencuba game ini walaupun agak mahal tetapi berbaloi untuk dibeli.
Counter Strike Global Offensive

Counter Strike Global Offensive



Game Counter Strike Global Offensive (CSGO) adalah game yang sangat popular di kalangan pemain First Person Shooter (FPS). Harga CSGO di dalam Steam (Online Game Platform) adalah RM31.00. CSGO merupakan generasi yang ke-4 dalam kesemua generasi Counter Strike di mana ianya telah melalui pelbagai perubahan yang sedikit sebanyak mengubah cara permainan game itu. Counter Strike pertama telah dikeluarkan seiring dengan Game Half-Life yang sangat popular pada tahun 1999 dan kedua-dua game ini dikeluarkan oleh Valve Corporation.
Counter Strike Pertama

Half-Life


Antara kelainan yang dapat kita lihat pada CSGO berbanding dengan Counter Strike sebelum-sebelum ini adalah CSGO sekarang mempunyai lebih banyak jenis permainan contohnya Deathmatch, Demolition, Arms Race dan Competitive (Rank Game). CSGO lebih ekslusif berbanding Counter-Strike generasi lepas kerana CSGO hanya boleh dibeli di Steam. CSGO merupakan salah satu Game FPS Online yang tidak mempunyai ciri-ciri "Pay To Win" dalam kebanyakan Game FPS Online yang ada seperti Blackshot dan M.A.T Online. Ini kerana senjata yang dipakai oleh setiap gamer dalam game itu adalah sama dari segala segi kecuali "skin" yang boleh dibeli dengan Steam Money. Yang menariknya skin dalam CSGO adalah harganya yang boleh bermula dari RM0.04-RM1*** mengikut jenis senjata itu dan jenis skin itu.

Antara Skin yang termahal di dalam Steam Community Market untuk CSGO
Terdapat pelbagai barangan yang boleh dibeli gamer yang bermain CSGO contohnya Music Kit (Akan dimainkan sekiranya kita menjadi Most Valuable Player ketika game itu berakhir), Name Tag (Nama untuk senjata kita mengikut kesukaan), Sticker (Dilekatkan di senjata), Keys (Untuk membuka kotak senjata) dan lain-lain.

Untuk penerangan lebih lanjut saya akan mengulas mengenai jenis permainan yang ada pada CSGO. Pertama adalah kita akan dipilih secara rawak ataupun secara sukarela mengikut jenis permainan sebagai Counter-Terrorist (CT) ataupun Terrorist (T).

Deathmatch:
Game-play permainan ini adalah sama seperti kebanyakan game Online FPS iaitu gamer perlu berlawan dengan pihak lawan. Sewaktu perlawanan berlangsung, masa yang diberi adalah 10 minit dan gamer perlu membunuh seramai yang boleh dan pemenangnya adalah gamer yang mempunyai kill ataupun point yang paling banyak. Gamer yang mati akan dihidupkan semula di kawasan yang berbeza dan akan terus bermain sampai masa tamat.

Demolition:
Game-play permainan ini adalah gamer akan diberikan senjata yang sama pada permulaan game dan senjata akan berubah pada game yang seterusnya. Untuk memenangi permainan ini, T perlu memasang bom di kawasan yang dipilih ataupun membunuh kesemua CT. CT akan menang sekiranya kesemua T mati ataupun berjaya mematikan bom yang dipasang. Game ini mempunyai 15 pusingan dan kumpulan yang mempunyai jumlah kemenangan yang paling banyak akan menang.

Arms Race:
Game-play untuk permainan ini adalah kesemua gamer akan diberi senjata yang sama dan akan berlumba siapa yang akan menghabiskan kesemua senjata yang diberikan dan berakhir dengan knife kill yang diberi nama "Gold Knife".

Competitive:
Game-play untuk permainan ini adalah yang paling susah dan memerlukan kerjasama antara satu sama sendiri untuk memenangi permainan ini. Game ini mempunyai 30 pusingan, kemungkinan untuk menghabiskan permainan ini adalah 90 minit ataupun lebih cepat dan pemenangnya adalah kumpulan yang memenangi 16 pusingan. Gamer boleh bermain Competitive ini secara solo queue ataupun berkumpulan. Competitive merupakan 5 versus 5 dalam genre Hostage ataupun Bomb. Competitive juga akan memilih pihak lawan yang mempunyai pangkat yang sama ataupun yang hampir dengan pangkat kita. Pangkat ini berfungsi sebagai penentu tahap skill permainan kita. Ianya bermula dari Silver I dan berakhir dengan pangkat paling tinggi iaitu Global Elite. Untuk penerangan yang lebih baik, sekiranya kita bermain sebagai CT pada permulaan permainan, 15 pusingan pertama kita akan bermain sebagai CT dan pusingan ke 16 kita akan bermain sebagai T. Pada permulaan game juga kita tidak akan mempunyai Kevlar mahupun Helmet dan hanya akan diberi $800 sebagai duit permulaan. Penggunaan duit dalam pembelian senjata adalah sangat penting kerana ianya akan memberi kesan kepada kita untuk pusingan yang seterusnya. Kerjasama dan penggunaan strategi yang berkesan adalah penting untuk memenangi permainan ini.
Rank
Pendapat saya sebagai salah seorang daripada gamer untuk game CSGO ini adalah game ini sangat menyeronokkan sekiranya ada beberapa gamer lain yang kita kenali bermain sekali. Ini kerana CSGO memerlukan kerjasama antara satu sama lain untuk memenangi permainan ini. CSGO juga merupakan game strategi yang menarik dan pelbagai cara permainan boleh digunakan untuk memenangi permainan ini. Meskipun game ini perlu dibeli, ianya sangat berbaloi dan sangat disarankan sekiranya anda adalah peminat game Online First Person Shooter.


ARMAGGEDDON ALIEN CRAFT IV G17

Saya akan memberi ulasan mengenai mouse berjenama Armaggeddon Alien Craft IV G17 yang dikeluarkan oleh company Armaggeddon yang berasal dari Singapore. Syarikat ini ditubuhkan pada 11 November 2011 dan mereka merupakan pakar dalam pembuatan barangan komputer untuk profesional gamer. Saya akan bermula dengan memberikan spesifikasi mouse G17 ini:
  • Macro-able laser gaming mouse dengan memori berjumlah 512KB
  • Mempunyai 8 level CPI yang boleh dipilih iaitu: 800/1600/2000/3200/5000/6000/8200
  • Butang Mode yang boleh digunakan untuk memilih 1 daripada 5 profil yang boleh diubahsuai mengikut keselesaan
  • Boleh menukar level CPI menggunakan wheel scroll selepas menekan butang CPI
  • Mempunyai 8 slot yang boleh digunakan untuk meletakkan pemberat mengikut keselesaan
  • Menggunakan AVAGO laser sensor: AVAGO 9800
  • Kord nilon berukuran 1.8 meter dan USB 2.0 disadur emas
Mouse ini boleh dikatakan murah jika dibandingkan dengan kebolehan yang ada kerana kebanyakan mouse yang mempunyai kebolehan seperti ini mempunyai harga yang lebih mahal. Apa yang menarik pada mouse ini adalah pada saiznya yang besar. Ianya sangat sesuai untuk orang yang menggunakan kaedah “palm grip” kerana seluruh tapak tangan akan berada di atas mouse. Ianya juga sesuai untuk orang yang menggunakan kaedah “claw grip”.

Malahan permukaan mouse ini juga menggunakan getah untuk memudahkan penggunaan dan mengelak daripada terlepas dari genggaman tangan. Ianya juga mempunyai software yang boleh digunakan untuk menetapkan profil dan lampu mengikut kesukaan kita. Software itu juga sangat mudah digunakan dan berfungsi dengan baik. Lampu mouse ini mempunyai dua warna sahaja iaitu merah dan biru. Berdasarkan pengalaman saya dalam menggunakan mouse ini, ianya memenuhi kehendak saya kerana saya menggunakan kaedah “palm grip” dan saya lebih selesa jika seluruh tapak tangan saya berada di atas mouse ini.

Kekurangan yang ada pada mouse ini ialah ianya tidak sesuai untuk orang mempunyai tangan yang kecil. Warna lampunya juga tidak boleh diubah dan hanya sesuai untuk orang yang menggunakan mouse dengan tangan kanan. Walaupun tanpa meletakkan pemberat, mouse ini masih boleh dikatakan berat disebabkan saiznya yang besar dan ianya membuatkan anda mudah berasa lenguh pada pergelangan tangan.